Aku merinduimu apabila
keindahan datang menyapaku
kerana hanya engkau menjadi tempatku
berkongsi kegembiraanku.
Aku amat merinduimu apabila
kekusutan datang melandaku
kerana hanya engkau menjadi tempatku
yang amat memahamiku.
Aku amat merinduimu apabila
terasa hendak menangis dan ketawa
kerana aku tahu
hanya engkau yang tahu
membuat aku gembira
dan meredakan tangisku.
Aku merinduimu
di sepanjang hidupku ini
tetapi aku amat merinduimu
ketika terbangun dari tidurku
di malam hari memikirkan
saat-saat indah antara kita
yang menjadi igauanku
sepanjang hidupku.
12 April 2009