14 October, 2013

MEREKA TIPU LAGI

Aku dengar
menteri bercakap lagi
tentang bahasa
yang dia sendiri tidak peduli.

Bahasa ilmu

bahasa dunia
semua tipu.

-ilham syakima
  101013

02 September, 2013

JAUHI AKU

Pulanglah
datangmu hanyalah
untuk melukakan aku.

Pergilah
hadirmu hanyalah
menghancurkan hatiku.

Jauhi aku
aku tidak mahu 
lukaku menjadi parah
dan hatiku kian berkecai.

- ILHAM SYAKIMA
   02 SEPTEMBER 2013


29 August, 2013

MIMPI DALAM MIMPI

Terbangun aku
dari mimpi
tentang menteri yang bermimpi
mahu bahasanya jadi bahasa dunia
sedang dia dan teman-teman
tidak berbahasa itu.

Rupanya aku bermimpi
tentang mimpi menteri
yang katanya cintai bahasanya
tapi lebih gemar
lain pula bahasanya.

- ilham syakima
  28 ogos 2013

26 August, 2013

KEBENARAN ITU PAYAH

Mempertahankan
dan menyatakan kebenaran
begitu payah
lebih mudah menipu
lebih senang dari berkata benar.

-ilham syakima
  26.08.13

24 August, 2013

AKU YANG KEJAM

Aku terlalu kejam
menghukum
ketika engkau tiada
membuat keputusan
tanpa bicara
taanpa tahumu
bahawa akulah pemutus kata
tentang salah 
tentang benar.

- ilham syakima
  24.08.13

19 August, 2013

JANJI

Puas aku menanti
dia datang juga 
dengan janji
belum pasti
janji ditepati.

Telah banyak janjinya 
hanya tinggal janji
air liur saja
yang rugi.

- ilhamsyakima
   19.08.13

16 August, 2013

BUNGA DAN BAU













Rawan kembali datang
sesudah sekian bunga kembang
dan lelalang terbang
di tiup angin kian matang
wangi semerbak
semakin hilang.

Mawar selalu menang
melur sering kecundang
bau anggerik ke mana menghilang
kenanga mula datang
dengan keharuman tiada bandingan
dan kesidang menjadi igauan.


16 Ogos, 2013

25 July, 2013

APA ERTI SEMUA INI

















Apakah erti rindu
jika mudah sekali bertemu.

Apa pula makna sayang 
jika disapa tidak langsung memandang.

Apa pula indahnya cinta
kalau datang hanya apabila dipinta.

- ilham syakima
  lewat malam,
  240713

19 July, 2013

MASIHKAH ADA ERTI TERIMAKASIH?

Terimakasih 
hanya satu ucapan
hanya tanda penghargaan
atas sebuah pengorbanan.

Sekecil manapun

setiap langkah 
dan nafas yang kita helakan
datang dari sebuah pengorbanan.

Terimakasih hanyalah 

sebuah ucapan penghargaan
bukan harta 
bukan emas permata.

Terimakasih 

hanyalah tanda ingatan
hanyalah tanda syukur
orang telah membantu kita.

- Ilham Syakima,
  190713
   4.20 pagi

23 June, 2013

SEMUA KENA TIPU

Tipu untuk semua
lelaki
perempuan
kanak-kanak
melayu
india
cina
semua kena tipu.

Sepanjang jalan kena tipu
semua ucapan tipu
semua sudah kena tipu.

Mereka kata orang tipu
sebenarnya 
mereka menipu.

- 230613
 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template