Bermula
dengan wajahnya datang saban malam
bersama
renungan mata dan senyuman di bibir
buat aku
terpesona dan meresahkan tidur
semoga dalam
lelap mataku mimpi datang bertamu
bersamanya
bak ia berada di hadapanku.
Suatu ketika
sewaktu bersamanya dahulu
ia hanyalah
seorang biasa seperti orang lain
dia tidak
pedulikan aku dan aku buat tidak tahu
sedar-sedar
masing-masing menanggung rindu
hanya yang
indah dan berbunga sahaja di kamar hati.
Lalu
bagaimana aku harus melayan perasaan ini
jika memang
kami ditakdirkan berterusan begini
hidup
terpisah masing-masing tidak melupai
setiapa
waktu terfikir mana jalan harus dilalui
mungkin
dapat bertemu memadu janji.
Inilah hidup
yang tidak mungkin terjadi
rindu tetapi
jauhnya dua hati
harapan
bertemu entahlah bila
hari
berganti hari masih begini juga.
14 jANUARI 2018