06 February, 2016

BICARA POLITIK DI KEDAI KOPI

Semua diucapkan selamat pagi
apa kabar hari ini
kita sudah tukar embi
tapi kita tetap santai di sini
nak macam mana lagi?

Biar mereka ganti berapapun embi
kita tetap tebar roti canai di sini
tetap juga makan dua biji.

Yang bawa lori teruskan kerja bawa lori
yang bawa teksi itu juga kerja setiap hari
nak minta kurang gst
nanti tukar pula embi
sudahnya mereka jadi huru-hara lagi
sedang kita memang sudah lali.

Belajarpun tak perlu tinggi-tinggi
ada SRP pun boleh jadi menteri
yang ada ijazah dan diploma biar jadi kuli
sori, jangan ambil hati.

- Ilham Syakima
   040216

PERGI YANG HARUS PERGI

Khas buat seorang pemimpin:
Terimalah takdir
jatuh biarlah berdiri
nanti mudah mahu terus berlari
dan mendaki semula untuk lebih tinggi.

Jatuh bukan ertinya mati
hanya turun sekejap mencari diri
di mana silap harus dibetulkan
bukan merobek untuk tidak bisa dibaiki
ingatlah ikrar dan janji
dan tanamkan dalam diri
mana ada manusia seluruhnya suci.

- Ilham Syakima
   020216


- 
 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template