Ada
serangkai mimpi
aku
kumpulkan dari gumpalan lenaku
tidak
terbawa hingga ke hujung tidurku
lalu mahu
sahaja aku gadaikan
kepada siapa
yang terlepas tidurnya
yang tidak
sempat mengulit mimpi lagi.
Hari ini
mahu sahaja aku paparkan
Mimpi-mimpi
yang berbagai rupa
Dari rasa
keriangan
Bawa ke
kisah duka nestapa
Untuk jadi
pilihan sesiapa
Lalu kita
tetapkan harga
Setiap
episod yang sempat ada.
Jika ada
yang suka dan mahu
Boleh juga
melihat arca dan sketsa
Mimpi-mimpi sedih
merembas air mata
Ada juga
episod duka nestapa
Juga cerita
mimpi menguji hati berani
jadi bukti
nyenyak tidur kita.
Sesungguhnya
akulah saudagar mimpi
Mendambakan
sesiapa yang sudi
Kita lena
dan sama bermimpi
Menyelami
bersama di laut duka ini
nanti kita
boleh berkongsi
sedih dan
gembira sama-sama kita rasai.
#puisigila_120320
#madsahak
#titibakong
0 comments:
Post a Comment