Dia akan pergi
sesudah semusim menyulam budi
selepas sekian lama berbakti
selamat pergi 2017 yang tinggal
sehari lagi
perahupun sudah menati
pergilah bawa hati dan jaga
peribadi
pergi lah melayan hati.
Pasti 2018 akan datang mengganti
dan kita tetap juga begini
tetap di sini menabur budi dan
menyumbang bakti
tetap di sini menggadai peribadi
mengumpul harta dan melangir
budi.
Anak-anak masih dibuai mimpi
masing-masing belum bingkas
berdiri
semua kemahuan sudah disaji
tetulah tidak lagi susahkan diri.
Aduhai!
Sedarlah diri dari mimpi
waktu hanya tinggal sedikit lagi
setahun pula nanti pergi
kita takkan tetap seperti ini?
#30disember17
0 comments:
Post a Comment