Melihat emak
terbujur di situ
ada sayu ada
pilu
betapa tidak
ada sesiapa ambil tahu
sakitkah
dia, sudah makan atau masih menunggu
menanti
siapa-siapa lalu
untuk
menjamah nasi dan kuah sesudu.
Emak
terasa berat
kaki ini mahu melangkah
terasa sebak
dada ini merafak sembah
anak-anak
seorangpun tidak singgah
masing-masing
mengira wang dan upah
biarpun ada
anak sebelah rumah
mereka tidak
peduli dan emak tetap susah.
Melihat emak
di situ
walaupun
tempat itu di rumahku
aku jadi
sayu dan terharu
kenapa biarkan
terlalu lama masa berlalu
baru
sekarang teringat mahu membantu.
Ketahuilah
aduhai emak
bahawa
meninggalkanmu langsung tidak tergamak
cuma apa
yang aku buat tiada yang nampak
lalu aku
sering dihina dan ditempelak
sebenarnya
aku langsung tidak tergamak
membuang dan
menyisihkan emak.
-
Disember
2017
0 comments:
Post a Comment