29 May, 2010

MASALAH NEGARA


Saban hari
masih lagi bising-bising
bicara tentang lesen guru
bicara tentang celupar anak Samy
bicara tentang kurang ajar Vell Paari
orang masih juga buat demo dan hantar memo
bantah lesen judi.

Kerajaan masih bisu
kerajaan tetap bisu.

Kerajaan masih diam
judi belum juga haram-haram
judi bola mesti laku
kerajaan dapat wang
rakyat dapat dosa
pilih pemimpin cinta dan gila judi.

Bukankah guru sudah ada Buku Biru?
Masih bukan lesen setiap tahun permit diperbaharui?
Hari-hari masuk darjah kilik buku
murid panggil cikgu
keluar pekan semua tegur cikgu
lesenlah itu.

UMNO kata
kurang ajar Vell Paari
Biadap anak Samy
apa tunggu lagi
MIC bukan aset tapi liabiliti
T. Mohan sudah bilang
MIC mahu angkat kaki
pujuk apa lagi?

- 28 Mei 2010

0 comments:

 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template