28 August, 2012

KATAKANLAH

Katakanlah
bahawa mesra ini bukan sebuah sandiwara
aku bukanlah pelakonnya
dan engkau
bukanlah sutradara.

Katakanlah 
bahawa semua ini adalah benar
dan berputik kembali kasih ini
adalah datang dari hati.

katakanlah!

Ogos 2012

01 June, 2011

JIKA SUDAH BEGITU

Jika sudah begitu
katakan sahaja tidak suka
tidak payah lagi banyak bicara
tidak payah bermuka-muka
dan tidak payah menampakkan ceria.

Jika sudah begitu
keputusanmu untuk tidak peduli
lebih baik aku juga ambil keputusan
untuk tidak lagi menanti.

Jika sudah begitu rumusan berakhir
untuk aku pergi
lebih baik aku tidak mengharap lagi.

Mei 2011

28 February, 2011

AKU TIDAK AKAN PERNAH


Aku tidak akan pernah merasa jemu

membuang waktuku yang terbatas ini
mengutip serpihan hati
buat menampal dinding kasih ini
biarpun aku sudah lama tahu
ia sudah tidak bermakna lagi.


Aku tidak akan pernah merasa jemu
membuang waktuku yang terbatas ini
mengintai kamar hatimu
melihat lantai kasih dan cerminan sayang
biarpun aku sudah lama tahu
pintu sudah hampir tertutup buatku
dan tiada lagi peluang bersamamu.


Aku tidak akan pernah merasa jemu
membuang waktuku yang terbatas ini
merisik sisa-sisa kasihmu
biarpun akau sudah lama tahu
semuanya telah berubah dan beralih
kasih dan sayang menjadi belas dan kasihan.


Aku tidak akan pernah merasa jemu
membuang waktuku yang terbatas ini
menggamit semula rasa rindumu
biarpun aku sudah lama tahu
bahawa kerinduan itu sudah lama tenggelam
dan tiada lagi kenangan bersamaku.


Aku tidak akan pernah merasa jemu
membuang waktu mengingatimu
setiap berlabuh tirai malam
setiap terdetik kesunyian hati
dan aku hanya mendapat belas kasihan
mengganti rasa kasih dan sayang.

-Ilham Syakima,
  Februari 2011

13 February, 2011

SEPI SEORANG LELAKI 2




Seorang lelaki menjadi sepi

bukan kerana ia sendirian tidak berteman
tetapi ia tidak dapat lagi bermimpi
tentang masalalu dan masa depan,
dia sudah betah sendirian
dia sudah lali dipersendakan
dia letih berbicara hanya dengan diri
tidak siapa mendengar bisikannya
tentang realiti dan mimpi.


Seorang lelaki itu menjadi sepi
bila tidak dirindui ketika berjauhan
tidak diingati dalam kenangan
tidak dipedulikan semasa berdekatan.

Seorang lelaki menjadi sepi
bila kasih sayang telah hilang
bertukar menjadi belas kasihan
bila rasa cinta yang sekian lama menggunung
berubah menjadi api amarah
dan berbicara hanya menjadi satu perintah.

13 Februari 2011

24 November, 2010

SEANDAINYA
















Andainya hari ini
aku dibawa pergi
tiada siapa yang akan peduli
pasti tiada siapa tahu
dan aku berjalan
lalui jalan ini sendirian.

Andainya hari ini
aku dibawa pergi
seharusnya aku melangkah berani
tanpa peduli
siapa mahu di sisiku waktu ini.

Andainya hari ini
aku dibawa pergi
inilah terakhir kali
melihat dunia ini dalam sedar.

- Nov. 2010

03 October, 2010

DEMI MASA







 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template