Showing posts with label kasihsayang. Show all posts
Showing posts with label kasihsayang. Show all posts

18 April, 2010

MENTARI KASIH



Bila malam menjadi bening
dan cahaya bulan sudah pudar
ketika aku mahu berbicara,
aku telah tahu arahnya mentari
bakal tiba esok.



Sekali kau memalingkan wajah
dari cahaya mataku
suram dan mengharap
sadarlah aku bahawa
tidak berguna aku menanti
letusan hatiku yang malu.



Takdir telah menghebahkan rencananya
aku dan engkau bukan lagi berdiri
di gelanggang sejahtera
dan di persada bahagia
mentari kasih tidak bercahaya.



- Ilham Syakima,
April 18, 2010

19 January, 2010

KAU DAN AKU

Sudah lama kita berhenti
menyanyikan lagu kita
dahulu kita sering lagukan berdua,
sudah lama juga
kita berhenti menari
irama yang sering kita tarikan dahulu
engkau tidak mahu lagi
irama dan lagu dahulu
menyakitkan sendi dan memedihkan telinga
jika kita menggunakan lagu yang sama
dan engkau mahu menyanyi sendirian
engkau mahu menari tanpa gangguan.

Lalu pintamu
aku harus mencari irama yang lain
sendirian juga.

- 19 Januari 2010

30 August, 2009

USAH PERCAYA IKRAR DAN JANJI


Usah percaya sangat
usah mengharap sangat
ikrar dan janji
sehidup semati
rela mengharungi pekat malam
meredah onak dan duri kehidupan
bersama,
betulkah?

Sebelum bencana,
sebelum tibanya petaka
indahnya dunia kita
secerah bulan dan mentari
mendung tidak berani mendekati
kelabu menjauh diri.

Musibah mengubah segalanya
mendung berarak menutup langit hidupku
mentari tidak bersinar seperti dulu
bulan kelabu di birai hatiku
yang ada hanya duri
dalam mataku.

Jangan percaya pada janji.
Jangan percaya pada ikrar.

23 August, 2009

MIMPI TIDAK PASTI


Masih ingatkah
Di mana kita bermula
Merawat dukanya hati seorang lelaki?
Aku tidak layak dipanggil manusia
Memusnahkan segala impian
Dari segala impian.

Masih ingatkah
Di mana kita mula berlari
Mengejar mimpi yang tidak pasti?
Aku yang terasa hina
Dengan dunia yang terlalu adil
Membuai segala mimpi.

Terasa mimpi ini
Ngerinya tidak pasti
Entah bila akan bermula dan berakhir
Tidur dan bangun sama jua
Masih bernafas lagi
Tidak mati.
 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template