Sudah lama kita berhenti
menyanyikan lagu kita
dahulu kita sering lagukan berdua,
sudah lama juga
kita berhenti menari
irama yang sering kita tarikan dahulu
engkau tidak mahu lagi
irama dan lagu dahulu
menyakitkan sendi dan memedihkan telinga
jika kita menggunakan lagu yang sama
dan engkau mahu menyanyi sendirian
engkau mahu menari tanpa gangguan.
Lalu pintamu
aku harus mencari irama yang lain
sendirian juga.
- 19 Januari 2010
fateha-anggun
8 years ago
0 comments:
Post a Comment