Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

05 July, 2010

SASARAN KASIH

14 April, 2010

NAMAMU DI BUKU TAKDIRKU


Dalam kabus kelam
aku berdoa engkau datang
jika kau tahu erti sepi
dan resah menyerang
ketika malam tidak berbintang
dan bulan tiba-tiba suram
brnafas dalam lumpur
bersenandung irama diam.

Terasa sangat kepingin menggulung bumi ini
menyedut air dan mengeringkan laut segara
dunia bertukar sahara
belum cukup pedihnya luka hati
cinta menjadi petaka.

Wajib aku mendongak
melihat lakaran wajahmu di langit
sambil berdoa dan menulis namamu
dengan hitam dakwat kasihku
pada helaian takdirku.

04 September, 2009

CINTA GILA



Cinta gila
meruntuhkan segalanya
istana ini punah semuanya
hilang cahaya
hilang bicara

kelu lidah ini
dan taman yang indah ini
mulanya hampir mencapai dunia
puncak segala impian
tersungkur juga akhirnya
perjalanan diselubung kabus
mentari pudar sepi
dunia tidak indsah lagi
kerana cinta gila ini.

Ogos 09

01 September, 2009

ALANGKAH BAIKNYA

Alangkah baik
jika aku masih seperti dahulu
masih setia dengan ikrar dan janji
yang dibina bersamamu
terbina istana kita
atas percaya mempercayai
dengan keikhlasan hati,
alangkah baiknya!

Alangkah baik
jika engkau masih seperti dahulu
sayang dan kasih yang tidak bertepi
seperti kita mulai perjalanan ini
dengan satu jiwa
berkelana dalam hidup kita dahulu,
alangkah baiknya!

Jika semuanya seperti dahulu
aku setia dengan ikrar dan janji
dan engkau setia
engan kasih sayang ini
aku pasti dan engkau juga pasti
tidak berakhir begini
berlalu pergi dengan calar hati,
alangkah baiknya!

Ogos 09

08 May, 2009

SAAT SEBELUM PERGI


Saat sebelum pergi, mata kita
aku dan kau bertembung di pandangan
resah rindu luruh
bayang pun terhapus, senyum itu
seperti hadir dalam mimpiku.

Mawar, maaf kerana ku curi
wajahmu di hatiku tadi
tanpa izin
kulampirkan pada layar ingatan
kujadikan bingkai kenangan
di bucu kristal bernama cinta
kau ada di situ.

Saat sebelum pergi
aku mengiringmu dengan kiasan
dan di sudut itu kau menghilang
kucari-cari, kau tetap ada di sini
di sudut ingatanku, di dalam jiwaku
kerana kau kekasihku.

 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template