Apakah erti rindu jika mudah sekali bertemu. Apa pula makna sayang jika disapa tidak langsung memandang. Apa pula indahnya cinta kalau datang hanya apabila dipinta.
Terimakasih hanya satu ucapan hanya tanda penghargaan atas sebuah pengorbanan. Sekecil manapun setiap langkah dan nafas yang kita helakan datang dari sebuah pengorbanan. Terimakasih hanyalah sebuah ucapan penghargaan bukan harta bukan emas permata. Terimakasih hanyalah tanda ingatan hanyalah tanda syukur orang telah membantu kita. - Ilham Syakima, 190713 4.20 pagi
Katakanlah bahawa mesra ini bukan sebuah sandiwara aku bukanlah pelakonnya dan engkau bukanlah sutradara. Katakanlah bahawa semua ini adalah benar dan berputik kembali kasih ini adalah datang dari hati. katakanlah!
Aku tidak akan pernah merasa jemu membuang waktuku yang terbatas ini mengutip serpihan hati buat menampal dinding kasih ini biarpun aku sudah lama tahu ia sudah tidak bermakna lagi.
Aku tidak akan pernah merasa jemu membuang waktuku yang terbatas ini mengintai kamar hatimu melihat lantai kasih dan cerminan sayang biarpun aku sudah lama tahu pintu sudah hampir tertutup buatku dan tiada lagi peluang bersamamu.
Aku tidak akan pernah merasa jemu membuang waktuku yang terbatas ini merisik sisa-sisa kasihmu biarpun akau sudah lama tahu semuanya telah berubah dan beralih kasih dan sayang menjadi belas dan kasihan.
Aku tidak akan pernah merasa jemu membuang waktuku yang terbatas ini menggamit semula rasa rindumu biarpun aku sudah lama tahu bahawa kerinduan itu sudah lama tenggelam dan tiada lagi kenangan bersamaku.
Aku tidak akan pernah merasa jemu membuang waktu mengingatimu setiap berlabuh tirai malam setiap terdetik kesunyian hati dan aku hanya mendapat belas kasihan mengganti rasa kasih dan sayang.
Ingin menjelajah ke serata dunia tetapi kakiku masih juga di sini. Inilah bumiku. Kita semua serupa tetapi mempunyai hati dan perasaan yang berlainan sama sekali, sebab itu pendapat kita berbeza.
madisyak@yahoo.com
madisyak@gmail.com
Jia Hor Lingzhi dan Yung Kien Pollen dapat membantu anda. Amalkan 2 set sehari dan anda akan dapat menyelesaikan masalah kanser anda. Insyaallah! Semuanya dengan izin Allah. Hubungi madisyak@yahoo.com atau madi5573@gmail.com
Jia Hua Lingzhi & Yung Kien Pollen
Mujarab untuk kanser, Insyaallah!
Puteraku
Sulung dan bungsu
Puteriku
Adik dan Kakak
My Twin
Adik dan Kakak
Cantiknya!!!!
Di Titi Hayun ada sebuah air terjun yang seakan begini. Begitu juga dengan Seri Perigi. Nyaman terasa bila datang ke tempat-tempat tersebut.