Khas buat
seorang pemimpin:
Terimalah
takdir
jatuh
biarlah berdiri
nanti mudah
mahu terus berlari
dan mendaki
semula untuk lebih tinggi.
Jatuh bukan
ertinya mati
hanya turun
sekejap mencari diri
di mana
silap harus dibetulkan
bukan
merobek untuk tidak bisa dibaiki
ingatlah
ikrar dan janji
dan tanamkan
dalam diri
mana ada
manusia seluruhnya suci.
- Ilham Syakima
020216
-
0 comments:
Post a Comment