25 January, 2009

IKRAM PUJANGGA

Tak teralun lagi madah berhemah
memujuk jiwa hampa kian parah
senyuman dalam tangisan berhelah
inilah ikram pujangga bermaruah.

Penyair menangis di padang kata
kecewa kerana bangsanya di hina
dan di sini yang ajaibnya
ramai doktor perubatan tanpa kelulusan
membuka klinik rawatan di bawah jambatan.

Lihatlah pada petalam dijulang
dikucup bagaiakan si gila bayang
rela melihat pejuang kecundang
demi menanti kekayaan ditatang.

Di mana bangsaku bersifat pemalu
disindirkan mereka datang bertamu
bila melihat si etek akal tapi berilmu
sanggup melihat bangsa terus ditipu.

Ikram pujangga tak lagi berharga-mulia
kata mereka sekadar mengkolotkan bangsa
bangsa tak ke mana selagi bahasa dimulia
siapa terus papa si kaya terus menipu daya.

-Marjan S
Pos Malaysia

0 comments:

 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template