Aku kehilangan
semuanya berpaut di mimpi
yang pasti tiada tepi
tapi bukan untuk aku.
-ilham syakima'
Mei 2014
Mampukah aku
bercinta lagi di usia ini?
Aku takut terluka lagi
seperti dulu
parutnya masih ada di hati
darahnya masih basah diminda.
- Ilham Syakima
April 2014
Tuhanku
bukakanlah sedikit
ruang hatinya
buat dia menghormati aku
sebentar pun
jadilah.
- ilham syakima.
Februari 2014
Aku dengar
menteri bercakap lagi
tentang bahasa
yang dia sendiri tidak peduli.
Bahasa ilmu
bahasa dunia
semua tipu.
-ilham syakima
101013
Pulanglah
datangmu hanyalah
untuk melukakan aku.
Pergilah
hadirmu hanyalah
menghancurkan hatiku.
Jauhi aku
aku tidak mahu
lukaku menjadi parah
dan hatiku kian berkecai.
- ILHAM SYAKIMA
02 SEPTEMBER 2013
Terbangun aku
dari mimpi
tentang menteri yang bermimpi
mahu bahasanya jadi bahasa dunia
sedang dia dan teman-teman
tidak berbahasa itu.
Rupanya aku bermimpi
tentang mimpi menteri
yang katanya cintai bahasanya
tapi lebih gemar
lain pula bahasanya.
- ilham syakima
28 ogos 2013