24 November, 2010

SEANDAINYA
















Andainya hari ini
aku dibawa pergi
tiada siapa yang akan peduli
pasti tiada siapa tahu
dan aku berjalan
lalui jalan ini sendirian.

Andainya hari ini
aku dibawa pergi
seharusnya aku melangkah berani
tanpa peduli
siapa mahu di sisiku waktu ini.

Andainya hari ini
aku dibawa pergi
inilah terakhir kali
melihat dunia ini dalam sedar.

- Nov. 2010

03 October, 2010

DEMI MASA







29 September, 2010

SEGALANYA PASTI BERAKHIR

Tiada kata-kata
untuk aku gambarkan
gundah hatiku
membayangkankehidupan
aku tanpa kamu.

Bila aku dibawa pergi
segalanya pasti berakhir
dan engkau sendirian
mengulit takdir.

segalanya akan berakhir
aku jua sendirian menongkah takdir
apa lagi dapat aku katakan
selain mengharap
hatiku tidak disakiti
pada waktu yang tinggal ini.

-September 2010

14 September, 2010

MELAYU






Malunya jadi Melayu
dari bermaruah
sudah hilang harga diri
dari bangsa yang gagah berani
sudah dikembiri
dari sebuah bangsa yang cerdik
sudah mudah dipermainkan
ada bahasa sendiri
tapi hilang nilainya sama sekali
ada tanah yang luas
tetapi merempat jua
di tanahair sendiri
ada kota besar
sudah orang lain yang punya
ada kampung sudah mahu dihambat pergi.

Itulah bangsaku bernama Melayu.

21 August, 2010

MANA MUNGKIN


Dalam usia yang tinggal ini
mana mungkin
aku mahu berkasih lagi
hanya menanti waktu untuk pergi .

Dengan takdir yang melanda ini
mana mungkin
aku dapat tenang berdiri
hanya menangi hukuman yang pasti .

Dengan harapan yang sedikit ini
mana mungkin
aku berharap dapat bersama di sisi
hampiri kamupun tidak mungkin lagi .

- 20 ogos 2010

12 August, 2010

AKU PANJATKAN DOA



Hendak kukirimkan bunga
pasti ia layu dan gugur
di tengah jalan.

Hendak kuberikan hatiku
barangkali kita berangan-angan
dan aku bertepuk sebelah tangan

Lalu aku panjatkan doa
pada Tuhan
semoga engkau sentosa
selalu dalam rahmatNya.
 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template