13 June, 2014

DI HUJUNG USIA


Ketika bersila di hujung usia
terasa gayat bak di awangan
takut terjuntai kaki
tersangkut onak di awan.

Apakah aku masih bertahan

dengan sumpah
atau dengan ikrar semalam
bahawa dosa terhakis semuanya?

- ilham syakima,
 Jun 2014

06 May, 2014

KEHILANGAN

Aku kehilangan
semuanya berpaut di mimpi
yang pasti tiada tepi
tapi bukan untuk aku.

-ilham syakima'
Mei 2014

13 April, 2014

MAMPUKAH AKU ?

Mampukah aku
bercinta lagi di usia ini?

Aku takut terluka lagi

seperti dulu
parutnya masih ada di hati
darahnya masih basah diminda.

- Ilham Syakima
   April 2014

15 February, 2014

BUKALAH PINTU HATINYA

Tuhanku
bukakanlah sedikit
ruang hatinya
buat dia menghormati aku
sebentar pun
jadilah.

- ilham syakima.
   Februari 2014

14 October, 2013

MEREKA TIPU LAGI

Aku dengar
menteri bercakap lagi
tentang bahasa
yang dia sendiri tidak peduli.

Bahasa ilmu

bahasa dunia
semua tipu.

-ilham syakima
  101013

02 September, 2013

JAUHI AKU

Pulanglah
datangmu hanyalah
untuk melukakan aku.

Pergilah
hadirmu hanyalah
menghancurkan hatiku.

Jauhi aku
aku tidak mahu 
lukaku menjadi parah
dan hatiku kian berkecai.

- ILHAM SYAKIMA
   02 SEPTEMBER 2013


 

ARENAPUISI Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template